BAHASA adalah petunjuk bangsa, umpama sinonimnya gula dengan rasa manisnya, garam dengan masinnya.
Pepatah Melayu, 'Bahasa Jiwa Bangsa' mempunyai kebenarannya kerana tanpa bahasa sesuatu bangsa itu langsung tidak bermakna atau lebih tepat lagi bakal pupus di dunia ini.
Tragedi itulah yang terjadi kepada Bahasa Sanskrit dan Latin yang sedikit waktu dahulu merupakan bahasa lingua franca dunia, tetapi kini hanya tinggal sejarah, kekal pun hanya sekadar tatapan bahan pameran di muzium bahasa atau digunakan sebagai bahasa untuk terma-terma tertentu seperti nama-nama saintifik yang khusus bagi tumbuhan dan perundangan sahaja.
Pendidikan bahasa ibunda beri kesan
PARIS 12 Mei - Pendidikan di sekolah wajar dilakukan dalam bahasa ibunda sesebuah negara kerana pengajaran dalam bahasa tersebut dapat memberi kesan yang lebih baik terhadap pencapaian pelajar.
Menurut Ketua Pengarah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik, Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), Irina Bokova, secara prinsipnya UNESCO menggalakkan pihak sekolah mengajar dalam bahasa ibunda terutama bagi murid di peringkat sekolah rendah.