LATIHAN

Senarai silibus dan latihan Bahasa Semai.

VIDEO

Koleksi Video berkaitan dengan Bahasa Semai.

BERITA

Berita berkaitan dengan komuniti orang asli.
 

Pengenalan: Orang Semai

Friday, 30 December 2011

Suku kaum orang asli
          Bagi entri yang pertama, saya ingin memberikan sedikit pengenalan kepada para pembaca berkenaan dengan Orang Semai. Orang Semai adalah kumpulan penduduk separuh kekal yang terdapat di tengah semenanjung Malaysia di Asia Tenggara. Mereka terkenal sebagai suku kaum yang aman. Suku Semai mengamalkan bercucuk tanam dan amalan ekonomi bertukar hadiah. Mereka antara suku kaum asli yang berundur ke kawasan hutan dan gunung dengan ketibaan penduduk yang memiliki teknologi lebih tinggi.







          Suku Semai tidak mempunyai polis, mahkamah, atau kerajaan rasmi. Menurut Dentan, 1979, orang dewasa kelihatannya dikawal melalui pendapat umum. Kaum Semai sendiri menyatakan "Tidak terdapat pihak berkuasa di sini kecuali rasa malu". Sungguhpun seeorang individu mungkin popular dan petah bercakap berpengaruh dalam urusan umum, kaum Semai tidak memiliki ketua yang rasmi.

          Pertikaian dalam masyarakat Semai diselesaikan melalui mengadakan bcaraa ("bicara")', atau perhimpunan umum, di rumah tok batin. Perjumpaan ini mungkin berlangsung selama beberapa hari dan membabitkan perbincangan menyeluruh mengenai punca, motivasi dan penyelesaian pertikaian oleh peserta dan seluruh masyarakat, berakhir dengan tok batin mendakwa salah seorang atau kedua yang bertikai agar tidak mengulang tabiat mereka agar tidak membahayakan masyarakat. Malah suku Semai mempunyai perumpamaan, "terdapat lebih banyak sebab untuk takutkan pertikaian daripada harimau" (de Waal, 2005).


Kanak kanak orang asli
          Kanak-kanak tidak pernah dihukum atau dipaksa melakukan sesuatu. Perkataan "bood" bererti "tidak mahu." Jika ibu bapa menyuruh anaknya melakukan sesuatu dan anak tersebut menyatakan "bood," perkara tersebut selesai. Permainan yang dimainkan oleh anak-anak Semai tidak bersaing (Bonta 1997). Satu permainan membabitkan memukul kanak-kanak lain dengan ranting, tetapi, sentiasa hampir beberapa inci dari sasaran dengan itu tidak ada yang sebenarnya terkena pukul. Kanak-kanak kelihatannya diajar untuk takutkan sifat agresif mereka. Ibu bapa menggunakan ketakutan kepada orang asing dan alam semulajadi yanga ganas seperti ribut petir bagi mengawal kanak-kanak (Dentan, 1979).


          Ia dipercayai bahawa suku Semai adalah sisa penduduk kuno, asal, yang tersebar luas di Asia Tenggara. Menurut Keene State College’s "Orang Asli Archive," pada 1991 terdapat 26,627 orang suku Semai tinggal di Semenanjung Malaysia.
Contoh bahasa suku semai :
Saya = éñ
Makan = chaaq
Minum = nguut
Mandi = mamuh
Bagus = bòòr
Ayam = pok
Beras = Cengròòy
Cendawan = betees
Kenapa = ma


0 comments:

Post a Comment

LATIHAN

Senarai silibus dan latihan Bahasa Semai

VIDEO

Video berkaitan dengan Bahasa Semai

BERITA

Berita mengenai komuniti orang asli